Mohamat, R., Sumintono, B. and Abd Hamid, H.S. (2022). Analisis Kesahan Kandungan Instrumen Kompetensi Guru untuk Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah Menggunakan Model Rasch Pelbagai Faset (Content Validity Analysis of an Instrument to Measure Teacher’s Competency for Classroom Assessment Using Many Facet Rasch Model). Jurnal Pendidikan Malaysia, 47(1), 1-14. DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2022-47.01-01
Abstract
Kesahan kandungan instrument adalah penting bagi memastikan item-item yang dibina berupaya mengukur perkara yang sepatutnya diukur dan membincangkan sejauh mana item mewakili kandungan yang dimaksudkan. Kajian ini bertujuan menguji kesahan kandungan Instrumen Kompetensi Guru untuk Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (IkomGuruPBD) dengan menggunakan analisis Model Rasch Pelbagai Faset (MRPF). IkomGuruPBD terdiri daripada 56 item yang dibina berdasarkan 3 konstruk utama iaitu Pengetahuan PBD, Kemahiran PBD dan Sikap terhadap PBD. Reka bentuk kajian adalah kaedah tinjauan kuantitatif dengan pendekatan penilai berganda (multirater) menggunakan soal selidik IkomGuruPBD yang telah diedarkan kepada 12 orang panel pakar. Setiap pakar perlu menentukan tahap persetujuan mereka tentang kesesuaian setiap item dengan menggunakan skala Likert 3 mata terhadap tiga aspek penilaian bagi setiap item. Dapatan menunjukkan antara kelebihan MRPF adalah boleh menentukan tahap ketegasan penilai dan konsistensi penilai, juga mendapati dapatan respon luar jangkaan. Walaupun setiap penilai diberi instrumen, aspek penilaian dan kategori skala yang sama, namun MRPF boleh membandingkan tahap ketegasan secara individu bagi setiap penilai. MRPF juga boleh mengesan kualiti item untuk membantu pengkaji mengenal pasti item yang baik dan item yang lemah untuk ditambah baik. MRPF mempunyai kelebihan untuk memberikan maklumat yang lengkap mengenai ciri psikometrik bagi IkomGuruPBD yang diuji.
Instrument’s content validity is important to ensure that the items constructed are able to measure what they should measure and discuss the extent to which the items represent the intended content. This study examined the content validity of an instrument to measure teacher’s competency for classroom assessment (IkomGuruPBD) by using the analysis of Many-Facet Rasch Model (MFRM). IkomGuruPBD consists of 56 items built based on 3 main constructs: knowledge in PBD, skills in PBD and attitude towards PBD. This research is a quantitative method with a multirater approach using IkomGuruPBD questionnaire distributed to 12 expert panels. Each expert determined their level of agreement about the suitability of each item by using a 3-point Likert scale on the three aspects of evaluation. Results show that MFRM can determine the severity and consistency level of the raters, also report findings of unexpected bias response. Although all raters were given the same instrument, the same aspects of evaluation and scale category, MFRM has the ability to compare the severity level for each rater individually. Furthermore, MFRM can also detect the quality of the item and help the researcher to identify good items and weak items to be improved. MFRM has the advantage of providing complete information on the psychometric characteristics of the IkomGuruPBD being tested.